Sunday, May 22, 2011

PROGRAM INFO DESA 1MALAYSIA..MESRA RAKYAT..

Dalam memastikan rakyat mendapat informasi tepat maka dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Rompin,satu program Info Desa telah diadakan di perkarangan Masjid Bandar Melati.Pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah turut sama mengambil bahagian.Antaranya SPR,Pendaftaran Negara,Kesihatan,JKM,RELA,Polis dan berbagai lagi.Masyarakat ternyata gembira dengan program seumpama ini kerana mereka dapat berurusan secara terus dengan jabatan terbabit tanpa menunggu masa yang lama.Majlis dialog dan ramah mesra dengan ketua-ketua jabatan juga telah diadakan dimana penduduk mengutarakan permasalahan yang mereka hadapi untuk mendapat penyelesaian.Selain itu program ziarah pesakit kronik dan warga emas,sukaneka rakyat dan ceramah juga telah diadakan sempena dengan program ini.Tahniah dan terimakasih kepada semua yang terlibat dan berharap agar program semupama ini akan diadakan secara berkala mengikut zon-zon yang telah ditetapkan.Teruskan...

1 comment:

robinlabi said...

salam...nak bagi cadangan skit...


berkenaan lampu jalan dari ladang keratong 2 hingga simpang kuantan- segamat..

saya peratikan kawasan jalan tu dah la kecik, bila malam memang gelap sungguh..
dah lama dah bergelap..

lampu yang ada pun di setengah tempat je..

yang paling terang, dekat kilang sawit dan simpang nak masuk felda keratong 2..

tu memang jelas terang pasal lampu banyak kat situ..
cahaya lak putih..

kemudian dekat simpang TNB, BTAR, KERATONG 5...tu je..

jadi minta tolong pada YB..

kalau boleh kasi pasang banyak lagi la lampu dari kawasan ladang felda keratong 2 tu sampai simpang kuantan - segamat...

mintak tolong sangat pada Dato YB