Monday, August 23, 2010

PEMIMPIN PRIHATIN RAKYAT TERBELA...

Bersempena dengan kedatangan Ramadhan sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini telah berlangsung penyampaian sumbangan kepada warga yang memerlukan di Masjid Al Nadhah Bukit Ibam..

Penyampaian bantuan adalah hasil sumbangan YAM Tengku Puteri Lela Manja Pahang dan rombongannya.Majlis yang bermula selepas sahaja berbuka puasa dan solat Maghrib.

YB.Dato' Mohamad Sahfri Ab.Aziz,ADUN Bukit Ibam juga tidak ketinggalan hadir bersama ke majlis ini bagi meraikan kunjungan rombongan YAM Tengku Puteri Lela Manja keBukit Ibam.

Menurut YB.Dato'..YAM amat berkenan dan gembira dengan program yang diadakan ini dan berharap akan dapat datang lagi untuk acara yang lain pula..Kecil Tapak Tangan,Nyiru patik Tadahkan..

Rata-rata penerima sumbangan melahirkan rasa syukur dan gembira atas keprihatinan YAM dan rombongannya atas kesulitan rakyat dan sanggup bertemu rakyat jelata bagi melihat sediri kehidupan rakyat di Bukit Ibam ini..Sesungguhnya Istana dan rakyat berpisah tiada..

Saturday, August 21, 2010

PEMIMPIN...JANJI DIKOTA..PENYERAHAN DUIT RAYA..


Sepert biasa,saban tahun FELDA akan memberikan saguhati duit raya kepada semua peneroka...samada yang masih setia bersama FELDA atau mengusahakan ladang secara individu..Berkenaan dengan perkara tersebut,di majlis Rahmat Justify FullRamadhan yang di anjurkan oleh SERANTA Felda yang diadakan diFelda Keratong 7,maka penyerahan cek kepada ketua-ketua peneroka telah dilaksanakan..Selain itu juga diadakan penyerahan sumbangan kepada semua masjid dan surau di kawasan tersebut.
Turut hadir kemajlis bersama rakyat tersebut adalah TYT DSJJ,YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam serta pemimpin masyarakat yang lain..
Rata-rata masyarakat yang ditemui menyatakan rasa kesyukuran kepada Alllah kerana FELDA masih lagi begitu prihatin ke atas kebajikan para peneroka dan tidaklah bangkrap sebagaimana yang ditohmah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Semoga dengan sumbangan duit raya yang diterima itu nanti akan dapat meringankan bebanan kewangan para peneroka secara keseluruhannya..

Tuesday, August 17, 2010

MESYUARAT MEMBAWA KESEPAKATAN..


Bersempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak ini maka seperti biasa pelbagai program diatur bagi mengadakan program berbuka puasa bersama rakyat yang sudah menjadi sebahagian tradisi hidup masyarakat.

Mesyuarat bagi program berbuka puasa bersama YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang bersama masyarakat penduduk Kampung Bukit Ibam telah diadakan bertempat di dewan mesyuarat Sri Dulang dan di Pengerusikan oleh YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam.

Hadir bersama ke mesyuarat ini adalah ketua-ketua jabatan,Penghulu,Wakil Masyarakat setempat dalam usaha memastikan program yang tersebut akan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan...

Program tersebut akan diadakan pada 22 Ogos 2010 dan bertempat di Masjid Al Nadhah Bukit Ibam dimulakan dengan majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada warga istimewa dan miskin..

Semua warga dijemput hadir meraikan majlis berbuka puasa bersama YAM ini.Insyaallah..

Wednesday, August 11, 2010

PROGRAM HUJUNG MINGGU YANG PADAT...


Minggu ini berkesempatan ke beberapa program samada yang telah dirancang atau tidak..Bermula dengan Program Gotong-rotong yang diadakan di Kampung Rekoh..Program Anjuran Jabatan Penerangan Rompin dengan kerjasama PLKN Pinggiran Pelangi dan masyarakat Kg. Rekoh..

Kemudian menziarahi keluarga allahyarham Hj.Ismail di FELDA Keratong 4 dan sempat mengadakan tahlil arwah..

Program yang lebih penting adalah perasmian Karnival IKHTIRAF 2010 yang telah diadakan di Padang Awam Dewan BTAR..Prorram ini telah dibuka dengan rasminya oleh YB Dato'Ahmad Maslan,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri..dan memegang portfolio yang bersangkutan dengan FELDA..

Pelbagai program diatur sempena Karnival ini dan apa yang lebih penting ialah penjelasan mengenai isu-isu berkaitan FELDA yang di gembar-gembur pihak tertentu untuk kepentingan golongan berkepentingan..

Friday, August 6, 2010

ZIARAH MANGSA KEBAKARAN DI BANDAR MELATI..MUKIM KERATONG.


Sewaktu menerima berita musibah yang berlaku ini,persoalan yang bermain difikiran adalah semoga tiada nyawa yang diragut..Walaupun berada di suatu program lain di luar kawasan namun segala perkembangan dan informasi tetap diterima.

Selesai program,terus sahaja berkejar ke Bandar Melati untuk melihat sendiri kesan musibah yang memusnahkan sama sekali 3 buah rumah yang berjiran ini.Ternyata keadaan begitu menyedihkan..Semua mangsa tinggal sehelai sepinggang..

Sehingga kini semua mangsa ditempatkan sementara di semuah rumah berdekatan dan usaha untuk memberikan bantuan telah segara dibuat.Semoga semua mangsa bersabar dengan dugaan ini..

Apa yang perlu diberi perhatian adalah pengawasan kanak-kanak daripada bermain dengan bahan yang boleh menyebabkan kebakaran di samping membuat pemeriksaan dan penggantian sistem pendawaian elektrik yang baharu kerana rata-rata sistem pendawaian ini sudah usang dan dibimbangi berlaku litar pintas..