Tuesday, August 17, 2010

MESYUARAT MEMBAWA KESEPAKATAN..


Bersempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak ini maka seperti biasa pelbagai program diatur bagi mengadakan program berbuka puasa bersama rakyat yang sudah menjadi sebahagian tradisi hidup masyarakat.

Mesyuarat bagi program berbuka puasa bersama YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang bersama masyarakat penduduk Kampung Bukit Ibam telah diadakan bertempat di dewan mesyuarat Sri Dulang dan di Pengerusikan oleh YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam.

Hadir bersama ke mesyuarat ini adalah ketua-ketua jabatan,Penghulu,Wakil Masyarakat setempat dalam usaha memastikan program yang tersebut akan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan...

Program tersebut akan diadakan pada 22 Ogos 2010 dan bertempat di Masjid Al Nadhah Bukit Ibam dimulakan dengan majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada warga istimewa dan miskin..

Semua warga dijemput hadir meraikan majlis berbuka puasa bersama YAM ini.Insyaallah..

No comments: