Sunday, February 28, 2010

PROGRAM ANAK ANGKAT OLEH UNITEN KAMPUS MUADZAM SHAH DI FELDA KERATONG 2 PADA 27 & 28HB FEB 2010

DI ANTARA PARA PELAJAR UNITEN BERSAMA
KELUARGA ANGKAT MASING-MASING
TETAMU JEMPUTAN VIP
UCAPAN DARI YB DATO' SAHFRI
CENDERAHATI DARIPADA YB DATO' SAHFRI KEPADA UNITEN
Pada 26 - 28hb Februari bertempat di Felda Keratong 2 pelajar-pelajar UNITEN Kampus Muadam Shah di bawah Kelab Self In Free Entreprenuer (SIFE) telah mengadakan program berbentuk sukarelawan bagi membantu golongan usahawan dan komuniti setempat. SIFE UNITEN juga telah mengendalikan Projek Felda sejak tahun 2006 lagi dan kekal sehingga hari ini. Bagi memastikan pengurusan projek felda sentiasa berterusan kelab ini sentiasa merangka aktiviti yang dirasakan mampu menyumbangkan kebaikan kepada masyarakat persekitaran. Bagi mencapai objektif tersebut kelab tersebut telah mengadakan program anak angkat di felda keratong 2. Seramai 60 orang pelajar Uniten Kampus Muadzam Shah terlibat dala program ini dan program ini berakhir dengan jayanya.

No comments: