Monday, June 1, 2009

YB DATO' TURUN PADANG



Pada 30hb Mei 2009 (Sabtu) di Padang Awam Felda Keratong 4 telah berlangsung perlawanan Bolasepak persahabatan di antara Jawatankuasa PPU Bahagian Rompin VS PERSAK (Persatuan Anak Keratong) Daerah Rompin. Perlawanan ini menjadi tumpuan masyarakat setempat kerana mereka ingin menyaksikan Wakil Rakyat mereka beraksi di dalam perlawanan tersebut. YB Dato' Mohamad Sahfri yang bermain untuk pasukan PPU Bahagian Rompin memakai jersi warna merah bernombor 10 menjadi tumpuan orang ramai yang datang menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut. Perlawanan ini telah dimenangi oleh PPU Bahagian Rompin dengan jaringan 2-1. Dengan adanya program ini dapat mengeratkan lagi perhubungan sediada di antara golongan generasi kedua khasnya yang berada di luar kawasan dan golongan generasi tempatan bersama-sama masyarakat. Semoga ianya terus berkekalan.

1 comment:

CHIKO said...

ya laa,ppu menang 2-1.sy memang ada dtg tengok game pd ptg tu.compom ppu Rompin menang.memang btl juga,YB Dato` ada turun pdg.tp 2nd half,ppu Rompin ke yg main...sdg kan team Persak,memang turun bdk2 yg mengangkat idang je...jd xbalance la game 2nd half tu.yg sy heran,knapa 2nd half tu,player2 pilihan yg main.goyang ke....