Saturday, December 1, 2012

TANGGUNGJAWAB...KESETIAAN..MENTAATI PEMIMPIN..

Amanah dan tanggungjawab yang diberi bagi mewakili UMNO Pahang bagi membahas ucapan dasar Presiden semasa PAU 2012 bukanlah sesuatu yang mudah.Memang ianya akan menjadi tumpuan bukan sahaja kepada ahli persidangan,pemerhati tetapi juga pemimpin besar negara yang berada di atas pentas.Berbekalkan penyelidikan dan rujukan serta sumbangsaran daripada rakan-rakan akhirnya tergalas juga tanggungjawab tersebut.Antara intipati perbahasan kali ini adalah melibatkan aspek kesetiaan terhadap parti,menghindari diri daripada mengkhianati/sabotaj perjuangan dan mengamalkan sikap akur dan melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan selain sentiasa bersedia untuk melepaskan tanggungjawab /jawatan dengan rasa rendah diri selain memberikan kerjasama yang baik kepada pucuk pimpinan.Terima kasih juga kepada semua pihak yang sekali memberikan tanggungjawab besar ini kepada saya di PAU 2012 ini. Teruskan..