Monday, April 30, 2012

MENYEMAI BUDAYA PENYAYANG...ANAK MUDA PRIHATIN..

Usaha untuk melahirkan masyarakat penyayang terutama dikalangan golongan muda adalah satu langkah yang amat baik.Sikap seumpama ini perlu digilap dan diberikan galakan dan sokongan.Program kunjungan anak muda dalam siri Ziarah Kasih kali ini berlangsung di perkampungan Felda Keratong 4.Program ini diselia oleh Majlis Belia Felda Keratong 4 dan sasarannya adalah anggota komuniti yang menghidap penyakit kronik.YB ADUN,Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,turut sama turun padang bersama anak-anak muda dalam siri kunjungan tersebut.Semua yang dikunjungi ternyata melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatinan anak-anak muda tersebut serta pemimpin yang merasai denyut nadi rakyat.Semoga program ini akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa.Teruskan....

Tuesday, April 24, 2012

MENGEKONOMI RAKYAT..BUKTI DITUAI..

Bersandarkan keazaman untuk melihat masyarakat Orang Asli menikmati kehidupan yang lebih baik,perancangan diatur agar projek menambahbaik kehidupan mereka dapat dilaksanakan.Semuanya memerlukan kerjasama yang baik semua pihak selain usaha gigih masyarakat yang begitu komited menyokong segala pembaharuan yang bakal dilaksanakan.Walaupun penempatan ini terletak nun jauh kira-kira 25 km di dalam hutan belantara namun ianya bukan halangan untuk mereka menikmati kehidupan yang lebih baik.Pelancaran projek Ladang Ekonomi Rakyat buat fasa pertama ini kira-kira 300 ekar tanah dimajukan dan keluasan keseluruhan adalah 1000 ekar dan bakal ditanam dengan kelapa sawit.Rata-rata masyarakat yang ditemui melahirkan rasa gembira kerana keprihatinan pemimpin dan terbukti membela nasib mereka dan bukan hanya omongan kosong.Moga semuanya akan berjalan sebagaimana dirancang.Terima kasih kerajaan BN...