Tuesday, June 28, 2011

PROGRAM SEJIWA,INFO KOMUNITI 1MALAYSIA,PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT....

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Penerangan ini telah dilangsungkan dengan jayanya bertempat di Perkampungan Orang Asli RPS Bukit Serok.Pelbagai acara dilangsungkan termasuklah pameran oleh agensi kerajaan,futsal,bola jaring,sukaneka rakyat dan tayangan filem yang dipanggil Layar Bestari.Pelbagai lapisan masyarakat telah mengambil bahagian dalam acara yang dilangsungkan.Kehadiran YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam daripada petang sehinggalah kemalamnya telah menambahkan lagi meriah majlis ini dengan turut sama mengambil bahagian dalam beberapa acara.Kuiz yang berkonsepkan 1Malaysia juga diadakan dimana pengunjung diminta untuk menjawab soalan-soalan yang berkisar tentang pengetahuan am dan isu-isu semasa.Sesi ziarah pesakit kronik masyarakat orang asli juga turut diadakan dimana bantuan dan sumbangan telah disampaikan selain bertanya khabar dan cuba menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh pesakit tersebut.Bagi pihak ADUN,ingin merakamkan ucapan tahniah dan terimakasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut.Teruskan....

Friday, June 3, 2011

ZIARAH PESAKIT KRONIK..MOGA BERSABAR DENGAN DUGAAN..

Penyakit kronik seperti angin ahmar,buah pinggang,darah tinggi ,kencing manis amat berbahaya dan sering kali menyerang mangsa terutama warga emas dan tidak mengamalkan permakanan seimbang dan juga tidak mengikuti cara hidup sihat.Program ziarah pesakit kronik yang dijalankan dengan kerjasama SERANTA FELDA,Persatuan Belia telah di lakukan di Keratong 1,5 dan BTAR.Amat bagus melihat penglibatan golongan muda dalam program seumpama ini kerana ianya dapat menyemai perasaan kasih sayang selain mendidik mereka menjadi pemimpin pelapis yang prihatin akan permasalahan masyarakat di masa hadapan.Selain itu melalui program ziarah ini,kita akan bertemu secara langsung dengan pesakit dan mendengar permasalahan yang mereka hadapi.Ianya juga ternyata dapat mengurangkan tekanan emosi yang dihadapi oleh pesakit dan ahli keluarga melihatkan keprihatinan masyarakat dengan kesulitan yang ditanggung.Teruskan...