Monday, April 25, 2011

PROGRAM GERAK MESRA..PENDEKATAN EFEKTIF MENYELESAI MASALAH..


Bertempat di Felda Keratong 1,telah berlangsung Program Gerakmesra antara Pemimpin,Pengurusan FELDA serta warga peneroka.Program ini bertujuan mendengar permasalahan yang dihadapi oleh warga peneroka secara terus.Peneroka diagihkan mengikut beberapa kumpulan kecil di blok-blok tertentu manakala pihak pengurusan yang juga dipecahkan kepada beberapa kumpulan akan bertemu para warga peneroka tersebut untuk mendengar,mencatat serta memberikan penerangan dan penjelasan lanjut tentang permasalahan yang diutarakan.




Borang aduan juga disediakan dan jawapan akan disampaikan dalam jangkamasa singkat.


Kehadiran YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz ke majlis tersebut dilihat mencerminkan keprihatinan beliau agar segala masalah yang diajukan dapat diselesai dengan kadar segera.

Rata-rata peneroka yang ditemui menyatakan rasa terimakasih atas inisiatif pengurusan FELDA Wilayah Kuantan dalam memastikan warga peneroka dapat hidup dalam keadaan aman,makmur dan harmoni..Teruskan......

KUNJUNGAN PEMUDA BELIA JENGKA 23..


Ekoran daripada PRK DUN Kerdau yang mana UMNO Bahagian Rompin telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga peri undi Jengka 23,maka persahabatan yang terjalin diteruskan lagi dengan kunjungan daripada Pemuda dan para belia dari sana ke Rompin.






Bagi pihak PPU Rompin telah menyambut kedatangan mereka yang mengadakan aktiviti di D'Rhu,Pantai Bernas.Satu majlis makan malam berupa BBQ dan karaoke santai telah diadakan.


Perlawanan bolasepak persahabatan juga telah diatur di padang awam FELDA Keratong 1 sebelum rombongan bertolak pulang ke Jengka 23.


YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam,merangkap KP PPU Rompin turut meluangkan masa bertemu mesra dengan ahli rombongan dan dalam ucapannya mengingatkan agar semuanya berkerja lebih keras dalam menghadapi PRU yang akan datang walaupun keputusan cemerlang dalam PRK yang lalu.


Bagi pihak ADUN,ingin merakamkan terimakasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.Teruskan......

Sunday, April 17, 2011

TRAGEDI LEMAS DI SUNGAI...BERINGAT DAN BERWASPADA..






Sekali lagi masyarakat di FELDA Keratong 2 dikejutkan dengan tragedi lemas di sungai.Kali ini melibatkan anak kepada En.Ishak bin Muhamad@Sahak Loding..Kejadian berlaku ketika mangsa dan rakannya memancing di satu lubuk yang dikenali sebagai 'Loji Maut" di Sungai Keratong.

Mayat mangsa telah dihantar ke HospitalMuadzam Shah untuk tujuan pengesahan kematian.Segala usaha telah dilakukan bagi memastikan jenazah dapat di sempurnakan dengan kadar yang segera.

Ini adalah merupakan satu iktbar dan pengajaran kepada kita agar mementingkan aspek keselamatan bagi mengelakkan tragedi seumpama ini daripada berulang walaupun semua yang berlaku merupakan takdir Ilahi.

Bagi pihak ADUN Kawasan,ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga rohnya akan ditempatkan di kalangan orang=orang yang beriman.Al Fatehah...Amin...

Saturday, April 9, 2011

ZIARAH PESAKIT KRONIK..MERINGAN BEBANAN..





Dalam kesibukan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah terjadual sudah pasti masa yang agak terluang dimanfaatkan untuk menziarahi ahli masyarakat yang ditimpa masalah dan kesulitan.

Sebaik mendapat informasi tentang perkara berkenaan,YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam telah meluangkan masa untuk menziarahi seorang pasakit yang mengidap penyakit angin ahmar iaitu Encik Mohd Saleh Bin Ahmad,di Blok 10,FELDA Keratong 2..

Turut sama hadir adalah Tuan Pengurus Rancangan,Timbalan Pengerusi JKKR dan ahli masyarakat yang lain.

Bantuan kerusi roda telah disumbangkan bagi memudahkan pergerakan pesakit selain nasihat tentang penjagaan kesihatan untuk memulihkan penyakit tersebut oleh YB YB Dato'...

Semoga program ziarah seumpama ini akan menjadi tradisi dan bagi pihak YB ADUN mengharapkan anggota masyarakat dapat memberikan informasi dengan segera ke pejabat Khidmat sekiranya ada anggota masyarakat yang ditimpa musibah pada kadar segera untuk tindakan selanjutnya.Teruskan...

Friday, April 8, 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN SPM..TINGKATKAN PRESTASI..






Bersempena dengan kejayaan yang dicapai dalam SPM 2010 yang lalu,satu program kesyukuran dan penyampaian hadiah kecemerlangan telah diadakan di SMK Keratong 2.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib,solat hajat dan bacaan yassin..dan seterusnya jamuan kesyukuran..

Kehadiran YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,selaku ADUN Bukit Ibam seakan memberikan inspirasi dan semangat kepada seluruh warga SMK Keratong 2 ini untuk terus berusaha gigih demi menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Dalam ucapannya beliau mengingatkan agar semua pihak memainkan peranan dengan lebih berkesan dan pelbagai pendekatan baru turut dicadangkan ke arah mencapai dan mengekalkan tahap pencapaian yang telah diraih sebelum ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya dan kepada bakal calon SPM 2011 diharapkan ahan berusaha lebih gigih untuk terus mengibarkan bendera kecemerlangan yang telah berkibar megah .Teruskan...