Monday, July 9, 2012

PROGRAM KEAGAMAAN..KEROHANIAN JUGA JADI KEUTAMAAN...

Di sebalik kerancakan mengatur program sosial,program berbentuk kerohanian juga menjadi keutamaan agar masyarakat mendapat santapan rohani,sentiasa mengingati diri dan tanggungjawab terhadap syiar Islam.Bersempena dengan Israk Mikraj,satu program ceramah telahpun diadakan dipadang awam FELDA Keratong 2 di mana ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Badlishah.Program telah dihadiri oleh anggota komuniti selain pemimpin masyarakat.Semoga program seumpama ini akan dapat memberikan manfaat dan pengisian yang amat berguna dalam mengimbangi tuntutan dunia dan akhirat.Amatlah diharapkan program seumpama ini akan dapat dirancang pada masa hadapan dan mendapat kerjasama dan komitmen daripada semua pihak.Teruskan..

No comments: