Amanah dan tanggungjawab yang diberi bagi mewakili UMNO Pahang bagi membahas ucapan dasar Presiden semasa PAU 2012 bukanlah sesuatu yang mudah.Memang ianya akan menjadi tumpuan bukan sahaja kepada ahli persidangan,pemerhati tetapi juga pemimpin besar negara yang berada di atas pentas.Berbekalkan penyelidikan dan rujukan serta sumbangsaran daripada rakan-rakan akhirnya tergalas juga tanggungjawab tersebut.Antara intipati perbahasan kali ini adalah melibatkan aspek kesetiaan terhadap parti,menghindari diri daripada mengkhianati/sabotaj perjuangan dan mengamalkan sikap akur dan melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan selain sentiasa bersedia untuk melepaskan tanggungjawab /jawatan dengan rasa rendah diri selain memberikan kerjasama yang baik kepada pucuk pimpinan.Terima kasih juga kepada semua pihak yang sekali memberikan tanggungjawab besar ini kepada saya di PAU 2012 ini. Teruskan..
Showing posts with label ~Isu Semasa~. Show all posts
Showing posts with label ~Isu Semasa~. Show all posts
Saturday, December 1, 2012
Saturday, August 18, 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...BERSEDERHANALAH....
Setelah sebulan kita menunaikan ibadah puasa,Syawal pun menjelma.Tentunya segala persiapan telahpun selesai bagi menyambut Aidil Fitri.Perlu diingatkan disaat kita menyambut lebaran,bersederhanalah dalam segala segi.Jangan sampai berlaku pembaziran.Pastikan kediaman dalam keadaan selamat,yang dalam perjalanan,pastikan keadaan kenderaan dalam keadaan baik dan patuhi undang-undang jalanraya.Saya selaku ADUN Bukit Ibam ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.Maaf Zahir dan Batin.Mari kita saling bermaafan antara satu sama lain.Lupakan sengketa dan jalinkan ukhwah sesama anggota masyarakat.Akhir kata,elakkan tragedi di musim perayaan.Anda mampu mengubahnya.
Wednesday, August 15, 2012
ZIARAH PRIHATIN..MANGSA KEBAKARAN..MOGA BERSABAR...
Dalam kerancakan dan kesibukan membuat persiapan menyambut Aidil Fitri,satu kebakaran yang memusnahkan sebuah kediaman penduduk telah berlaku di Kampung Bukit Ibam.Kebetulannya YB ADUN dalam rangka program Jelajah Ramadan telah datang untuk melihat sendiri kesan musibah di samping bertemu sendiri dengan mangsa kebakaran tersebut.Siasatan awal mendapati punca berlakunya kejadian adalah disebabkan litar pintas.Sekali lagi diingatkan kepada semua penduduk agar sentiasa membuat pemeriksaan pendawaian terutama bagi sistem pendawaian yang sudah terlalu lama.Bantauan awal telah disampaikan dan urusan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak berkaitan sedang diusahakan.
Saturday, December 3, 2011
SUARA PAHANG..SATU PENGHORMATAN DAN TANGGUNGJAWAB..
Tuesday, November 22, 2011
MENYAMPAI UCAPAN MEWAKILI SUARA MUDA..
Saturday, November 5, 2011
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..BERSAMA MENGINSAFI DIRI..

Bagi pihak ADUN Bukit Ibam,ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada seluruh warga yang ada di seluruh kawasan.Moga sambutan kali ini akan dapat dirayakan dengan penuh kesyukuran,bersama bermusahabah diri ke arah menjadi muslim yang terbaik.Bagi mereka yang menunaikan ibadah haji didoakan semoga mendapat haji yang mabrur dan bagi kaum keluarga yang terlibat,hanya doa dapat dipanjatkan semoga mereka dapat menunaikan ibadah dengan penuh khusyuk dan diberikan kesihatan yang baik.Bagi mereka yang menunaikan ibadah qurban semoga ianya mendapat rahmat-Nya.Kepada yang pulang kekampung atau berkenderaan di jalanraya,semoga selamat sampai ke destinasi dan pandulah dengan selamat.Akhir kata,sekali lagi diucapkan selamat menyambut Hari Raya Qurban dan semoga kita akan terus diberikan kekuatan untuk terus menjadi muslim yang terbaik dan segala amalan dan ibadah yang kita lakukan akan mendapat keberkatan Allah.Salam Aidil Adha..Amin.Tuesday, March 8, 2011
TAHNIAH...BN MENANG LAGI..
Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan calon BN di sepanjang kempen PRK DUN Kerdau.Sesungguhnya kemenangan ini adalah hasil kerjakeras semua pihak dan pastinya melalui perancangan sistematik dan pelaksanaan gerakkerja yang tersusun.
Bagi pihak Penerangan UMNO Negeri Pahang juga,ingin mengucapkan terimakasih kepada semua petugas yang telah menunjukkan semangat kerja yang jitu sehingga BN mencapai kemenangan dengan begitu cemerlang kali ini.Marilah kita sama-sama mempertingkat usaha dan tindakan serta gerakkerja yang lebih bermakna dalam usaha memastikan BN menguasai semula kawasan yang dimenangi oleh pihak lawan.
Kemenangan kali ini juga membuktikan kepada kita bahawa rakyat sebenarnya sudah jelak dengan politik murahan pembangkang yang langsung tidak menunjukkan keupayaan untuk memerintah dan membela nasib rakyat yang diwakili.
Sekali lagi tahniah dan syabas kepada semua petugas,pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab...Teruskannnn...
Saturday, February 12, 2011
AL-FATEHAH...ADUN KERDAU MENINGGAL DUNIA...

Bagi pihak seluruh warga DUN Bukit Ibam dan Parlimen Rompin ingin merakankan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Zaharuddin Bin Abu Kassim yang telah kembali ke rahmatullah.
Sebelum ini beliau telah mendapat rawatan sebanyak 2 kali akibat tekanan darah yang tidak stabil selain pernahmenerima rawatan lebih dua bulan di IJN kerana komplikasi buah pinggang dan jantung selepas menjalani pembedahan ulser usus di HOSHAS Mei 2010..
Sepanjang berkhidmat sebagai Wakil Rakyat tentunya banyak jasa dan pengorbanan yang telah beliau lakukan di DUN Kerdau khususnya..
Marilah kita sama-sama berdoa agar rohnya akan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.Setiap yang hidup itu pasti akan menghadap Ilahi dan kita yang masih hidup ini perlu meneruskan perjuangan demi agama,bangsa dan negara..Sekali lagi salam takziah dari Warga DUN Bukit Ibam..Amin....
Saturday, March 6, 2010
Friday, December 25, 2009
Thursday, December 10, 2009
9HB DIS 2009 - TENGKU MAHKOTA PAHANG ZIARAH KELUARGA 4 BERADIK DI KOTA SHAHBANDAR YANG MENINGGAL AKIBAT LEMAS
KELUARGA MANGSA DI KOTA SHAHBANDAR
KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG BERBINCANG DENGAN AHLI KELUARGA MANGSA
KDYTM TENGKU MAHKOTA SEDIH DAN HIBA MENGENANGKAN MANGSA TRAJEDI TERSEBUT
Tuesday, December 8, 2009
AL-FATIHAH
Subscribe to:
Posts (Atom)






.jpg)
.jpg)
.jpg)