Al-Fatehah.Politik Rompin khususnya DUN Bukit Ibam telah kehilangan buat selamanya apabila Allahyarham Ramli bin Hussain selaku Setiausaha Penyelaras DUN Bukit Ibam telah menghembus nafas terakhir di HTAA akibat komplikasi serangan jantung.
Allahyarham adalah merupakan seorang pejuang masyarakat khasnya di DUN Bukit Ibam ini dan kehilangannya amat dirasai.Antara tugas yang disandang semasa hayatnya adalah Ahli Majlis Daerah Rompin,Jawatankuasa UMNO Bahagian Rompin,Lembaga Pelawat Hospital,Setiausaha JKKR Felda Keratong 2 dan banyak lagi yang tidak dapat dinyatakan.
Bagi pihak ADUN Bukit Ibam ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Penghargaan dan ucapan terimakasih tidak terhingga atas jasa dan bakti yang ditaburkan semasa hayat Allahyarham.Sekali lagi sekalung takziah.Amin.
2 comments:
assalamualaikum..tumpang bertanya sedikit..rumah arwah pakcik ramli ni dekat dengan kawasan perkuburan keratong 2 tu ye..innalillah...kalau betul,ni ayahanda sahabat saya..smg arwah d tempat kan bersama-sama dengan mereka yg soleh..insyaALLAH..amin..al-Fatihah buat allahyarham...
A88,mEMANG ITULAH ARWAH...
Post a Comment