Friday, August 6, 2010

ZIARAH MANGSA KEBAKARAN DI BANDAR MELATI..MUKIM KERATONG.


Sewaktu menerima berita musibah yang berlaku ini,persoalan yang bermain difikiran adalah semoga tiada nyawa yang diragut..Walaupun berada di suatu program lain di luar kawasan namun segala perkembangan dan informasi tetap diterima.

Selesai program,terus sahaja berkejar ke Bandar Melati untuk melihat sendiri kesan musibah yang memusnahkan sama sekali 3 buah rumah yang berjiran ini.Ternyata keadaan begitu menyedihkan..Semua mangsa tinggal sehelai sepinggang..

Sehingga kini semua mangsa ditempatkan sementara di semuah rumah berdekatan dan usaha untuk memberikan bantuan telah segara dibuat.Semoga semua mangsa bersabar dengan dugaan ini..

Apa yang perlu diberi perhatian adalah pengawasan kanak-kanak daripada bermain dengan bahan yang boleh menyebabkan kebakaran di samping membuat pemeriksaan dan penggantian sistem pendawaian elektrik yang baharu kerana rata-rata sistem pendawaian ini sudah usang dan dibimbangi berlaku litar pintas..

No comments: