Sebagaimana maklim pemberian baucer bantuan BRIM bukanlah satu perkara yang perlu diambil mudah.Perancangan rapi perlu disusun atur bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan rakyat yang menerima tidak dibebani dengan masalah teknikal yang bakal timbul.Justeru mesyuarat pembahagian tugas amat perlu agar semua yang terlibat dapat melaksanakan peranan masing-masing dengan berkesan.Bermula dengan persiapan tempat,surat panggilan dan macam-macam perkara turut diambil kira.Mesyuarat penyelarasan kali ini diadakan di Dewan JKKR Keratong 1 dan dihadiri oleh pemimpin setempat,Ketua Kampung,Ketua Cawangan,Wakil Jabatan berkaitan serta pihak keselamatan.Program penyampaian baucer BR1M fasa pertama ini dijadualkan diadakan pada 3 FEB 2012,bertempat di Dewan Orang Ramai BTAR.Kepada semua penerima diharapkan akan dadi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.Terima kasih kepada semua yang memberikan komitmen dan semoga program yang bakal diadakan ini akan berjalan lancar.
Sunday, January 29, 2012
Sunday, January 22, 2012
ZIARAH KASIH...MASYARAKAT PENYAYANG..
Penderitaan masyarakat khususnya yang menderita akibat penyakit kronik memang sentiasa menjadi keutamaan untuk diziarahi bagi meringankan bebanan pesakit dan juga keluarga.Kunjungan mesra kali ini mengambil tempat di FELDA Keratong 7 bersama dengan pihak KEMAS Daerah Rompin dan juga pemimpin masyarakat setempat.Ternyata aspek penjagaan kesihatan perlu diberikan keutamaan bagi mencegah penyakit ini dihidapi terutamanya yang melibatkan aspek pemakanan.Bantuan seperti kerusi roda turut diberikan selain nasihat tentang rawatan susulan kepada para pesakit.Rata-rata pesakit dan ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada YB ADUN dan masyarakat yang prihatin dan mengambil berat tentang kepayahan yang mereka alami.Insyaallah program seumpama ini akan terus dan sentiasa menjadi keutamaan pada masa akan datang.Teruskan..
Monday, January 2, 2012
PERTEMUAN..PENCETUS GENERASI BERAKHLAK ...
Dalam usaha melahirkan generasi yang mempunyai jati diri mulia,bersahsiah tinggi serta berketrampilan,peranan yang dimainkan oleh golongan seperti Guru KAFA/SAR,Institusi Masjid tidak boleh dilupakan.Satu sesi pertemuan telah diadakan bertempat di Wisma JKKR Keratong 4 dan disertai oleh semua yang tersebut dari DUN Bukit Ibam.Timbalan Pengarah Pendidikan JAIP,Pegawai Agama Muadzam Shah.Sesi penerangan dan taklimat yang diadakan ini bertujuan untuk memberikan motivasi kepada semua agar pendidikan anak-anak dapat dijalankan dengan lebih fokus dan berkesan.Mereka juga mengambil peluang ini untuk menyuarakan beberapa persoalan dan masalah untuk diselesaikan.Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa gembira dengan pertemuan yang diatur ini dan berharap ianya dapat diadakan secara berkala.Terima kasih atas komitmen dan TERUSKAN.......
Subscribe to:
Posts (Atom)